13 Julai 2022


Description: 

LAWATAN PENANDA ARAS SPK HPTP KE EDUCITY ISKANDAR MALAYSIA

ISKANDAR PUTERI, 13 Julai 2022 – Pihak Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) telah mengadakan lawatan penanda aras ke EduCity Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri Johor Bahru. Delegasi SPK HPTP diketuai oleh En. Huzaimi Amir Zainudin, Pengarah SPK HPTP dan disertai oleh pegawai-pegawai kanan serta staf. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan pengurusan dan pengoperasian kemudahan gunasama (shared facilities) yang disediakan kepada para pelajar dari pelbagai institusi pendidikan peringkat antarabangsa. Sesi taklimat dan perkongsian disampaikan oleh YBrs. Dr. Sakina Sofia Baharom, Pengarah Operasi EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd. Pihak SPK HPTP juga berkesempatan melawat sekitar Kemudahan Gunasama EduCity Iskandar Malaysia seperti EduCity Hub, EduCity Village dan juga EduCity Sport Complex.

 
Pihak SPK HPTP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd @educityofficial kerana sudi menerima kehadiran delegasi SPK HPTP.

 

Share it now!