2 Jun 2022


Description: 

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI HPTP 2022

PAGOH, 2 Jun 2022 – Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hab Pendidikan Tinggi Pagoh 2022 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Sebaguna HPTP. Majlis dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) dan Sime Darby Property Selatan (SDPS) Sdn. Bhd. Majlis tersebut merupakan pertama kali diadakan dengan menggabungkan kesemua universiti awam dan politeknik serta pihak konsesi di HPTP bagi menambah lagi kemeriahan dan penuh warna-warni pada majlis tersebut. Majlis dihadiri oleh Tn. Hj. Khairil Anuar bin Karim, Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Turut serta pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah SPK HPTP, ketua-ketua universiti awam dan politeknik, pegawai-pegawai kanan SDPS, warga kerja dan pelajar-pelajar HPTP. Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat, rendang, satay, pelbagai jenis mee, buah-buahan dan lain-lain juadah untuk tetamu yang hadir.

Pihak Pengurusan serta warga kerja HPTP ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri HPTP 2022. Diharap majlis sebegini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang bagi agar dapat terus menjalin silaturahim dan dapat membentuk semangat kerjasama dan persaudaraan dalam kalangan warga HPTP.

 

Share it now!