24 April 2022


Description: 

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK

PAGOH, 24 April 2022 – Kumpulan Rekreasi & Ekonomi Seksyen Projek Khas (KRESPK) dengan kerjasama Universiti Awam dan Politeknik serta Sime Darby Property Selatan telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk & Musaadah Ramadhan 2022/1443 H bertempat di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP). Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama Warga Kerja HPTP serta berkongsi kegembiraan dan meringankan beban pelajar-pelajar dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan TSUB (P), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Timbalan Pengarah Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP), Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Cawangan Pagoh, Provost Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh, Timbalan Dekan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Pagoh, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) serta Pengurus Aset Sime Darby Property Selatan 1 (SDPS1).

Seramai 60 orang pelajar terpilih dari setiap Universiti Awam dan Politeknik di HPTP untuk menerima duit raya dan bakul makanan. Selain sumbangan, bubur lambuk turut agihkan bukan sahaja kepada para pelajar, malah warga HPTP yang lain. KRESPK merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, warga kerja HPTP dari semua Universiti dan Politeknik serta SPKHPTP kerana bersama-sama menjayakan program yang mulia ini. Diharap program sebegini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang.
Share it now!