26 Mei 2022


Description: 

MALAM SENANDUNG NUANSA UIAM KAMPUS PAGOH

PAGOH, 26 Mei 2022 – Biro Antarabangsa dan Kebudayaan, Mahallah Representative Committee (MRC) of Mahallah Zaid bin Harithah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh telah menganjurkan malam kebudayaan iaitu Malam Senandung Nuansa yang diadakan pada Khamis, 26 Mei 2022 jam 8.30 malam bertempat di Dewan Auditorium 6, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP). Objektif utama penganjuran adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan kepelbagaian budaya di dalam Malaysia kepada pelajar-pelajar antarabangsa UIAM. Program diserikan dengan persembahan seperti dikir barat, tarian kebudayaan, nyanyian, dan banyak lagi telah berjaya menghiburkan hampir 400 orang penonton yang hadir serta tetamu jemputan.

Pihak Pengurusan serta Warga Kerja HPTP ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menjayakan Malam Senandung Nuansa UIAM Kampus Pagoh. Semoga program kebudayaan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang agar budaya-budaya ini tidak akan dilupakan oleh generasi akan datang.

Share it now!