27 Jun 2022


Description: 

KURSUS MICROSOFT EXCEL (INTERMEDIATE TO ADVANCED) SPK HPTP 2022

PAGOH, 27 Jun 2022 – Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) telah menganjurkan Kursus Microsoft Excel (Intermediate to Advanced) SPK HPTP 2022 yang diadakan pada 27 dan 28 Jun 2022 bertempat di Ruang Berinternet 1, Aras 2 Bangunan Perpustakaan Gunasama, SPK HPTP. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan fungsi formula, penyenaraian data dan pengurusan worksheet serta workbook yang ada didalam Microsoft Excel untuk tahap sederhana dan tinggi. Kursus dua hari ini dikelolakan oleh Unit Pengurusan Teknologi Dan Komunikasi (UPTK) SPK HPTP disertai seramai 50 orang peserta termasuk pegawai dan staf SPK HPTP serta wakil-wakil universiti awam/politeknik. Kursus Microsoft Excel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Aizat Faliq bin Abdul Rahman, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan daripada Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempunyai pengalaman mengajar selama 13 tahun berkenaan Microsoft Office.

Pihak Pengurusan SPK HPTP mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menyertai Kursus Microsoft Excel pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan dan SPRM kerana memberi kerjasama dalam menjayakan kursus pada kali ini. Diharap kursus sebegini dapat terus dilaksanakan agar warga kerja HPTP dapat meningkatkan prestasi dalam menjalankan tugas harian dengan lebih cekap dan berkesan.

 

Share it now!