7 Jun 2022


Description: 

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN SPK HPTP 2022
 
JOHOR BAHRU, 7 Jun 2022 – Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan 2022 yang diadakan pada 7 dan 8 Jun 2022 bertempat di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman mengenai akauntabiliti kewangan dan kawalan dalaman serta mendedahkan pegawai dengan amalan dan pelaksanaan undang undang berkaitan kewangan. Seramai 29 orang peserta termasuk pegawai dan staf sokongan SPK HPTP menyertai kursus dua hari ini. Kursus Pengurusan Kewangan telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Hamidah Binti Mohamed, Akauntan Bahagian Kewangan, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan.
Pihak Pengurusan SPK HPTP ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua pegawai dan staf sokongan SPK HPTP kerana berjaya menyertai Kursus Pengurusan Kewangan pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Hamidah kerana sudi berkongsi ilmu kepada para peserta kursus. Diharap kursus sebegini dapat terus dilaksanakan agar pegawai dan staf SPK HPTP dapat meningkatkan kefahaman mengenai undang - undang dan prosedur serta arahan kewangan.

 

Share it now!