19 Mei 2022


Description: 

MAJLIS ANUGERAH DEKAN UTHM

PAGOH, 19 Mei 2022 – Majlis Anugerah Dekan Semester 1 Sesi 2021/2022 Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh telah diadakan dengan jayanya di Dewan Auditorium 6, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP). Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kelab Sains dan Teknologi (STC), FAST. Objektif perlaksanaan majlis ini adalah untuk menghargai dan meraikan kejayaan mahasiswa serta mahasiswi FAST yang mencapai Anugerah Dekan bagi Semester 1 Sesi 2021/2022. Majlis Anugerah Dekan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr Mohamad Zaky bin Noh, Dekan Fast, UTHM Kampus Pagoh. Seramai 331 orang penerima anugerah dekan pada majlis kali ini dan diharapkan dapat memberi inspirasi serta semangat kepada mahasiswa dan mahasiswi FAST yang lain untuk memberi komitmen yang penuh bagi memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap semester.

Pihak Pengurusan serta Warga Kerja HPTP ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Anugerah Dekan Semester 1 Sesi 2021/2022 FAST, UTHM Kampus Pagoh. Diharap majlis sebegini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Universiti Awam dan Politeknik di HPTP.
Share it now!