30 Mei 2022


Description: 

LAWATAN PENANDA ARAS UiTM SHAH ALAM KE HPTP
PAGOH, 30 Mei 2022 – Pihak SPK HPTP mengalu-alukan kunjungan delegasi dari Jabatan Infrastruktur Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP). Delegasi UiTM Shah Alam diketuai oleh YBhg. Ir. Ts. Azman Saubiran, Jurutera Kanan dan disertai oleh pegawai-pegawai kanan serta staf. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan pengurusan fasiliti dan projek yang diuruskan di HPTP. Sesi taklimat dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Siti Zubaidah binti Hj Abu Bakar, Timbalan Pengarah SPK HPTP. Pihak UiTM Shah Alam juga berkesempatan melawat sekitar Kemudahan Gunasama seperti Rumah Tamu dan juga Pusat Akuatik HPTP.
 
Pihak Pengurusan SPK HPTP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada delegasi UiTM Shah Alam kerana sudi melapangkan melawat Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

 

Share it now!