11 Januari 2022


Description: 

PROGRAM SUKARELAWAN PEMBERSIHAN PASCA BANJIR BERSEPADU JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (JPBHPTP) SIRI 1/2022

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (JPBHPTP) telah menganjurkan Program Sukarelawan Pembersihan Pasca Banjir JPBHPTP Bersepadu untuk memberi pendedahan kepada warga HPTP bagi melakukan kerja kesukarelawanan dan khidmat masyarakat sebagai satu langkah memupuk semangat kerjasama antara insan dan hubungan akrab komuniti setempat.

Program ini telah disertai seramai 26 orang sukarelawan daripada Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) dan Universiti Teknologi Malaysia Pagoh (UTM). Program ini dijalankan di Kampung Jawa Mukim Lenga Daerah Muar, Johor yang terjejas akibat bencana banjir pada 6 hingga 10 Januari 2022 yang lalu.

Program telah dijalankan pada:
Tarikh : 11 Januari 2022
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Kampung Jawa, Mukim Lenga, Muar Johor.

Share it now!